Menu

Testimonials

Pengalaman saya mendapatkan personal coaching bersama Madam Iffa Zalia tentang kerjaya sebagai seorang ghostwriter memang berbaloi. Saya berjaya close deal dengan pelanggan yang merupakan seorang tokoh korporat. Saya tuliskan buku biografi untuk Datuk tu. Projek pertama saya berjumlah RM22,000. Madam Iffa bimbing saya macamana nak buat proposal dan bagaimana prosedur sebenar menjalankan bisnes penulisan ni..” Zulfadhli, 30, Sabah.

Dulu saya tak dapat bayangkan langsung macamana nak jadi seorang penulis, tapi kini saya dah tahu rahsia dan teknik menulis buku mengikut pengalaman pakar penulis. Terima kasih sebab kongsi ilmu yang sangat berharga ni.” Lizawati, 24 tahun, Pahang.

“Sejak saya sekolah menengah lagi saya dah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel. Saya suka baca novel tapi saya tak tahu macamana nak mulakan. Alhamdulillah, balik dari bengkel bersama Madam Iffa saya dah berjaya bina plot cerita. Tinggal nak kembangkan ayat untuk jadi sebuah buku.” Azim, 19, Perak.

“Saya teringat pesan Madam Iffa, kalau nak berjaya menulis sehingga beratus-ratus mukasurat, perkara yang paling penting adalah FOKUS dan KONSISTEN. Kalau berhenti menulis seminggu, mesti manuskrip akan tersadai.” Suria, 25, Johor.

“Saya seorang pensyarah daripada sebuah kolej swasta di Selangor. Saya tahu pasal bengkel ni bila senior saya rekomen yang Madam Iffa ni boleh ajar cara buat buku penyelidikan dengan cara yang betul. Memang tak sia-sia saya masuk bengkel tu sebab terus dapat praktikkan.” Azmi, 35, Selangor.