Menu

Founder

Iffa Zalia

eWriterpreneur diasaskan oleh seorang wanita yang membawa nama pena, Iffa Zalia. Beliau sangat komited dalam mencapai visinya iaitu ingin melahirkan para penulis yang buy an essay paper order an assignment boleh memperdagangkan karya mereka hingga ke serata dunia!

Menurut pemerhatiannya, ramai penulis hanya mampu menulis dan menghasilkan karya yang baik tetapi mereka tidak berani membawa karya mereka lebih jauh! Justeru di dalam hal ini setiap penulis perlu belajar memasarkan karya mereka lebih meluas.

Iffa Zalia dilahirkan pada tahun 1989 di negeri Perak Darul Ridzuan. Kelayakan akademik tertinggi beliau adalah Master in Business Administration daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Beliau mempunyai pengalaman mengajar sebagai seorang pensyarah selama empat tahun dan kini beliau menjadi Certified Trainer untuk program eUsahawan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Iffa Zalia secara rasminya menceburkan diri di dalam dunia penulisan sejak tahun 2010.

PERJALANAN KERJAYA IFFA ZALIA SEBAGAI PENULIS DI MALAYSIA.

2010 = BUKU PERTAMA DITERBITKAN
TAJUK : DENGAR KATA HATI
PENCAPAIAN : 10,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA 1 TAHUN

2011 = BUKU KEDUA DITERBITKAN
TAJUK : BIAR JADI KAKTUS
PENCAPAIAN : 7,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA 1 TAHUN

2012 = BUKU KETIGA DITERBITKAN
TAJUK : ATIN JOM KAHWIN!
PENCAPAIAN : 10,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA SEBULAN

2013 = BUKU KEEMPAT DITERBITKAN
TAJUK : ADILA BIJAK MATEMATIK
PENCAPAIAN : 4,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA 1 TAHUN

2016 = BUKU KELIMA DITERBITKAN
TAJUK : HEROKU ANAK EMAK
PENCAPAIAN : 10,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA 1 TAHUN

2016 = BUKU KEENAM DITERBITKAN
TAJUK : ADILA BIJAK SAINS
PENCAPAIAN : 3,000 UNIT TERJUAL DALAM MASA 1 TAHUN

2018 =  DILANTIK OLEH SYARIKAT BELLA AMMARA SEBAGAI GHOSTWRITER UNTUK PROJEK BUKU TIPS PERNIAGAAN (BRANDING, MARKETING DAN SALES)

2018 – BUKU BIAR JADI KAKTUS DIANGKAT OLEH RTM UNTUK DIADAPTASIKAN KEPADA DRAMA 13 EPISOD.   DITAYANGKAN PADA TAHUN 2019.

2019 – BUKU ‘HEROKU ANAK EMAK’ DISENARAI PENDEK OLEH FINAS UNTUK DIJADIKAN FILEM DENGAN MESEJ UTAMA KETAATAN SEORANG LELAKI ADALAH PADA IBUNYA.

2019 – BUKU ‘SIRI ADILA BIJAK’ DISENARAI PENDEK OLEH RTM UNTUK RANCANGAN KANAK-KANAK BERTERASKAN PENDIDIKAN.

2019 – DILANTIK OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA SEBAGAI KONSULTAN MEMBIMBING PASUKAN buy an essay paper order an assignment PEGAWAI MENGHASILKAN BUKU BIOGRAFI KETUA PENGARAH PENJARA MALAYSIA, YBHG DATO’ SRI HAJI ZULKIFLI BIN OMAR.

2010 hingga kini – MENJADI PENCERAMAH / JURULATIH JEMPUTAN UNTUK PROGRAM NILAM DI SEKOLAH, KEMPEN MEMBACA  DI KOLEJ DAN UNIVERSITI DAN MENJALANKAN BENGKEL PENULISAN BUKU.