3 Sebab Usahawan Perlu Jadi Copywriter Kreatif!

Published by admin on

Ledakan dunia digital masa kini menyebabkan ramai memulakan online bisnes sebagai kerjaya utama dan sampingan. Tapi tahukah anda bahawa seorang usahawan perlu menjadi seorang copywriter kreatif?.
Sebab apa?

Baiklah, sebelum tu saya nak pastikan anda semua faham apa maksud copywriting. Perkataan copywriting semakin digunapakai zaman sekarang seiring dengan perkembangan dunia teknologi. Copywriting boleh didefinisikan sebagai penulisan kreatif yang bertujuan untuk mempromosikan atau memasarkan produk / servis. Copywriting yang efektif dan terbaik adalah bilamana penulisan kreatif itu berjaya membuatkan si pembaca mahu membeli produk atau melanggan servis yang ditawarkan. Haa…itulah matlamat sebenar menulis copywriting.

Jadi di sini jelaslah menunjukkan bahawa usahawan perlu menjadi seorang copywriter yang kreatif. Betul tak? Kalau masih belum jelas biar saya jelaskan lebih mendalam lagi. Mana tahu pengalaman saya selama 10 tahun sebagai penulis buku ini dapat membantu korang yang sedang baca artikel ni.

Usahawan Perlu Menjadi Copywriter Kreatif

Okey, baiklah usahawan semua. Baca 5 sebab ni betul-betul ya :

  1. Copywriting yang kreatif akan menarik audiens atau prospek yang tepat! Online bisnes memerlukan korang bina content mengikut niche bisnes masing-masing. Contohnya, kalau anda membuka bisnes restoran, anda perlu banyak buat content copywriting tentang makanan.
  2. Gambar atau video memerlukan deskripsi supaya kandungannya lebih jelas. Bila kita buat online bisnes mesti kita akan upload gambar atau video kan? Dan, ianya akan jadi lebih berkesan dengan adanya copywriting yang power! Contohnya, korang upload gambar klien pegang produk korang. Nak tahu tak? Gambar tu akan jadi lebih powerful bila anda ceritakan kisah di sebalik pembelian tu. Haa…gittew! Orang Malaysia ni suka baca cerita tau.
  3. Usahawan perlu tahu bezakan penulisan kreatif soft sell dan hard sell. Menurut kajian, bila kita menulis copywriting, 80% perlulah soft sell dan 20% lagi adalah hard sell. Tapi mesti ada usahawan yang masih tak tahu apa itu soft sell dan hard sell. Kan? Kan? Kan? Okey, macam ni. Secara ringkasnya Soft sell adalah bilamana anda menulis ayar menjual secara tak langsung. Contohnya, seorang founder kosmetik dia buat tutorial mekap. Sebenarnya dia sedang buat soft sell tu tau! Manakala Hard sell pula adalah ayat menjual secara direct kepada prospek anda dengan menerangkan berkaitan dengan produk dan harga. Tapi hard sell ni jangan selalu sangat tau. Nisbah soft sell kepada hard sell adalah 4 : 1 .

Okey itulah 3 sebab utama kenapa seorang usahawan perlu menjadi copywriter yang kreatif! Kalau belum jadi copywriter kreatif, boleh hadir kursus ni.


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *