Adakah anda tahu bahawa...

Tak perlu ada SPM, STPM, Diploma, Degree, Master dan PhD kerjaya penulis sentiasa terbuka luas untuk insan kreatif seperti anda! Pengasas eWriterpreneur telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah berjaya membina kerjaya sebagai penulis di Malaysia sejak dari bangku sekolah lagi.

ANDA PELAJAR ALIRAN SASTERA?

Kalau dulu orang anggap, pelajar aliran sastera itu adalah pelajar kurang cemerlang. Takkan anda nak biarkan spekulasi begitu terus bermaharajalela sedangkan anda masih berpeluang untuk buktikan kehebatan anda yang luar biasa itu? Ada banyak cabang kerjaya

Peluang kerjaya semakin popular?

Adakah anda sedar bahawa peluang kerjaya sebagai penulis semakin lama semakin popular? Ledakan teknologi yang semakin pesat berkembang, membuatkan kerjaya penulis juga semakin meningkat naik. Contohnya, copywriter, ghostwriter dan social media content manager.

Apa program EWRITERPRENEUR INI?

eWriterpreneur adalah program latihan seperti seminar, kelas & konsultansi untuk membina kerjaya dalam bidang penulisan. Umpama pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', kami di eWriterpreneur mengambil inisiatif untuk memperkasakan pelajar-pelajar dengan memberi pendedahan awal tentang kerjaya sebagai penulis ini.

Program ini khusus kepada pelajar-pelajar sekolah, kolej dan universiti yang mengambil aliran sastera, Bahasa Melayu dan penulisan kreatif. Bukan itu sahaja, program eWriterpreneur turut membuka peluang kepada remaja dan anak muda yang berminat menceburkan diri dan membina kerjaya sebagai penulis di peringkat lokal dan antarabangsa.
Apa yang menariknya tentang program ini adalah peserta akan dibimbing dengan menggunakan teknik terbukti berkesan yang mana telah diinovasikan dengan penggunaan teknologi dan aplikasi terkini. Mereka boleh terus mengaplikasikan ilmu yang diturunkan sekaligus boleh membina kerjaya mereka sebagai penulis di Malaysia!